Gambar: Arkib EH!
Selebriti yang jelas pesona dan anggun menawan ini ternyata bukan hanya punya bakat dalam bidang lakonan semata-mata, bahkan kini sudah merancang untuk menyusun atur langkah untuk menempatkan diri di dalam dunia nyanyian. Jika dulu menyanyi hanyalah hobi mengisi masa lapang, kini ia menjadi satu karier baru dan dia di bawah didikan penyanyi terkenal Awi Rafael.
Namun, ia bukanlah bermakna yang Atikah akan melupakan terus dunia lakonan. Baginya, lakonan adalah yang paling dia gemari kerana ianya berkaitan dengan seni.
Ujarnya “I really love acting, bagi saya ia satu perkara yang berkaitan dengan seni! Semakin lama saya hayati sesuatu watak, semakin saya memahami atau mendalami ilmu yang akan dijadikan satu eksperimen buat diri saya! Senang cakap dengan berlakon kita dapat menjadi pelbagi jenis watak manusia dan dari situ saya mula belajar hingga kini.”
Atikah mula menggerakkan langkah pertama dalam bidang nyanyian ketika mendendangkan lagu Jatuh Dari Langit bagi filem Suamiku Jatuh Dari Langit. Ianya membuatkan dirinya teruja dan apa yang menggembirakannya lagi apabila lagu nyanyiannya mendapat hit lebih 100 ribu pendengar di laman YouTube. Atikah lebih gemar memilih alunan lagu pop kerana baginya alunan pop ini sangat mencerminkan dirinya yang ceria dan bubbly.