Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Atilia Haron
Siapa yang tidak tahu tentang ramai selebriti tempatan yang kian mencuba peluang dalam membuka perniagaan masing-masing. Tidak kira perniagaan makanan, restoran, membuka aliran fesyen sendiri dan pelbagai lagi. Atilia yang sudah pastinya ramai tahu mempunyai suara yang menerajui perjalanan nyanyian ibunya, Salamiah Hassan, kini turut sibuk dengan bisnes yang Atilia pilih iaitu dengan membuka studio yoga untuk mereka yang berminat dalam menjalani kelas yoga.
Atilia yang mula menjinakkan diri dengan senaman yoga beberapa tahun lalu dan telah membuka studio yoga miliknya pada 2013. Dan terbaru, Atilia bakal membuka studio yoga miliknya yang ke-8. Ketika majlis GLAM Lelaki Alphamen 2015, Atilia dijemput hadir untuk mendendangkan lagu nyanyiannya dan sempat berkongsi perkembangan terbarunya.
“Sekarang, Atilia sedang dalam proses membuka studio yoga yang ke-8. The eighth studio will be in Kuching and opening this Monday (9 November 2015).” Tambahnya lagi.
“So, right now I’ve been busy with the yoga studio. Kemudian, muzik pula saya sedang sibuk menghabiskan album saya yang ke-3 yang akan dilancarkan pada Disember ini. So at the end of the year, sebuah album akan dilancarkan dan one big yoga centre will be in Damansara Perdana. It’s actually a yoga hub including coffee, music and many of my friends macam Sazzy, Aishah Sinclair akan join untuk jual barangan mereka juga di situ. Jadi semua ini bakal berlaku Disember nanti.”
Bertanya mengenai konsep untuk album terbaru Atilia, penyanyi genit ini menjawab
“Konsep sama sahaja, iaitu jazz. But it’s going to be a little bit darker. Sebab saya tak risau tentang penjualan lagi. Macam dulu saya nak ianya menjadi komersial, dj akan mainkan di radio, tetapi sekarang saya dah tak kisah sebab saya rasa rezeki saya bukan kebanyakannya daripada penjualan album pun. It’s from my corporate show. Jadi bila orang nak tengok saya di TV itu selalu orang akan kata ‘Oh Atilia tak nyanyi lagi. Cuma yoga sahaja.’ But actually I’m still very active, only singing at corporate shows dan tidak terlalu banyak di tv. Because I think I’m not a tv artist at all, and I love singing at corporate shows and then I use the money to open my yoga studio. So I’m happy with my life now.“
Atilia juga tidak lokek berkongsi cerita tentang usahanya untuk mendapatkan zuriat bersama suaminya.
“Anak masih tiada lagi. We’re still working on it. No good news yet. Insya-Allah we’ll try harder. So kalau saya sudah mempunyai anak, the whole story will change. So I don’t know what’s going to happen.”