Anak kepada seniwati tersohor tanahair, Salamiah Hassan ini baru sahaja menyambut hari kelahiran-nya yang ke-47. Atilia Haron, figura yang tidak asing lagi di dunia seni.
Atilia Haron mula meminjamkan lunak suara merdunya untuk lagu-lagu iklan seawal umur 10 tahun lagi dan pada usia 12 tahun, dia telah dipilih oleh jenama minuman terkenal, Coca-Cola untuk mewakili Malaysia ke United Kingdom dalam kempen global mereka yang berjudul “Tomorrow’s People”. Siapa sangka, ia memberi impak yang besar di seluruh dunia dan sejak itu, Atilia tidak pernah berhenti mencipta namanya di peringkat antarabangsa.
Bakat dan kelasnya tidak dapat dinafikan. Sehingga kini, Atilia Haron masih dianggap sebagai salah satu penghibur yang paling digemari di Malaysia dan dia sentiasa dipilih untuk mewakili negara untuk pelbagai lagi acara bertaraf antarabangsa di Malaysia, Asia, dan juga serata dunia.
Antara kemuncak terbesar dalam kariernya adalah ketika dia terpilih mewakili Malaysia untuk tampil di hadapan beberapa orang yang paling berkuasa dan berpengaruh di dunia. Baca selanjutnya untuk lebih mengenali personaliti.
- Dia dipilih mewakili Malaysia pada acara paling terkenal di dunia seperti Malam Malaysia di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, Hari Kebangsaan Malaysia di Kazaks di Ekspo Astana di Kazakhstan, Malam Malaysia di Den Haag, Belanda.
- Ikon muzik Jazz ini juga telah terpilih untuk mewakili Malaysia di festival Java Jazz yang berprestij selama 3 tahun berturut-turut. Dia juga turut terpilih untuk mempersembahkan Lagu Kebangsaan Malaysia di mata dunia pada pembukaan perlumbaan F1 serta salah satu daripada beberapa penghibur yang dipilih untuk membuat persembahan di hadapan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, semasa lawatannya ke Malaysia.
- Senarai pencapaian luar biasa Atilia tidak berakhir di sini. Selain menjadi wajah yang sentiasa dipilih mewakili Malaysia ke persada dunia. Atilia terpilih untuk membuat persembahan pembukaan buat artis-artis terkemuka dunia seperti Jamiroquai, Tata Young, dan banyak lagi.
- Atilia juga merupakan penghibur yang akan sentiasa terpilih untuk memainkan watak-watak besar di dalam teater muzikal seperti teater tersohor dan yang telah memenangi beberapa anugerah seperti P.Ramlee The Musical yang dan Lat The Musical.
- Selain itu Atilia juga giat menerbitkan lagu dan konsert. Seorang penerbit untuk kesemua lagu dan album serta beberapa konsert yang mendapat sambungan hangat di tanahair seperti Malam Nada Biru selama 4 tahun di Istana Budaya, 8 konsert Acoustic Nights dan konsert 4 bintang yang telah dibintangi oleh penghibur-penghibur Malaysia yang bertaraf antarabangsa.
- Pada tahun 2018, dia juga telah dianugerahkan Yogi Terbaik disamping Perdana Menteri Jepun oleh Yoga Journal kerana komitmen, dedikasi, kerja, dan semangatnya untuk Yoga.
- Walaupun telah menempa nama di pentas dunia, anak seni yang sangat mengagumkan ini masih kekal rendah diri dan masih gemar menghiburkan peminatnya dengan persembahan langsung yang intim kerana beliau amat menghargai setiap interaksi bersama perminat secara dekat dan peribadi.
Selama lebih 35 tahun berkecimpung di dalam industri hiburan, Atilia masih lagi aktif dan dia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bersar. Malah, dia makin giat aktif penuh keazaman dengan projek-projek yang lebih besar dan hebat untuk ditawarkan kepada semua peminat dan pengikutnya.
Artikel berkaitan: Siti Saleha Failkan Perceraian Setelah Empat Tahun Bergelar Isteri