Selain berusaha keras untuk memenangi acara di Olimpik Paris 2024, barisan atlet ini seharusnya memenangi pingat emas atas ketampanan mereka.
Paris sekarang ini sememangnya hangat diperkatakan dengan sukan olimpik yang berlangsung sehingga 11 Ogos 2024. Selain menyajikan bakat hebat para atlet, temasya olimpik juga membanjiri seluruh media sosial dengan rupa paras barisan atlet seluruh dunia
Atlet yang tampan ini bukan sahaja mengundang perhatian ramai orang, sekali gus mempromosikan acara yang disertai mereka.
Augusto Akio (Atlet Papan Selaju, Brazil)
Augusto Akio Takahashi dos Santos ialah atlet papan selaju Brazil yang pakar dalam sukan papan selaju outdoor. Berumur 24 tahun, Augusto berjaya memenangi gangsa di Olimpik Paris 2024. Memiliki wajah yang comel dan perwatakan riang, dia menjadi salah satu atlet yang digemari orang ramai.
Oleg Zernikel (Atlet Lompat Galah, Jerman)
Oleg Zernikel ialah seorang atlet Jerman yang pakar dalam lompat galah. Dia mewakili negaranya di Kejohanan Dalaman Eropah 2021 dengan menduduki tempat keempat.
Baru-baru ini di Sukan Olimpik, Oleg berada ditempat kesembilan dalam acara lompat galah. Walaupun tidak memenangi pingat, tetapi dia memenangi hati para wanita di luar sana dengan wajah tampannya.
Wang Shun (Atlet Renang, China)
Wang Shun ialah atlet tampan dari China yang memenangi pingat gangsa dalam acara 200 meter rampaian individu baru-baru ini di Sukan Olimpik Paris 2024.
Atlet berusia 30 tahun ini ialah perenang lelaki Asia pertama memenangi pingat emas dalam acara 200m rampaian individu lelaki di Sukan Olimpik apabila dia mendapat tempat pertama dalam acara 200 meter rampaian individu lelaki Sukan Olimpik Musim Panas 2020.
Thomas Ceccon (Atlet Renang, Itali)
Tekan sahaja olimpik 2024 di media sosial, raut wajah Thomas Ceccon jelas terpampang dengan ketampanannya yang luar biasa.
Perenang berusia 21 tahun ini bukan sahaja menarik perhatian seluruh dunia kerana rupa parasnya, juga bersinar di Olimpik Paris di mana dia berjaya meraih pingat emas dan 100 meter kuak lentang.
Thomas Chirault (Atlet Memanah, Itali)
Bergaya ketika bersukan? itulah yang dikatakan peminat kepada Thomas Chirault. Atlet berusia 27 tahun ini bukan sahaja mempunyai wajah yang tampan, dia juga meraih pingat perak dalam acara Memanah berpasukan lelaki di Olimpik Paris 2024.
Casimir Schmidt (Atlet Gimnastik, Netherlands)
Casimir Schmidt ialah gimnas artistik. Wajah ‘baby face‘ berjambang cukup membuatkan para peminat tergila-gilakannya ditambah pula lengan ber’tattoo’.
Walaupun tidak meraih pingat, Casimir masih membanggakan negaranya kerana dapat melibatkan diri di Olimpik tahun ini.
Kim Woo Min (Atlet Renang, Korea Selatan)
Atlet Korea Selatan, Kim Woo Min antara yang tampan di kalangan atlet dunia. Perenang berusia 23 tahun ini juga berjaya mengharumkan nama negaranya dengan meraih pingat gangsa dalam acara 400 meter gaya bebas.
Artur Dalaloyan (Atlet Gimnastik, Russia)
Artur Dalaloyan, atlet gimnastik ini membuktikan bahawa sukan gimnastik bukanlah hanya untuk lelaki lembut. Berwajah tampan dan sasa, itulah yang menjadi kegilaan wanita di media sosial.
Walauapun tidak memenangi pingat untuk Olimpik kali ini, Artur adalah sebahagian daripada pasukan yang memenangi emas di Sukan Olimpik 2020 dan Kejohanan Dunia 2019 serta pingat perak di Kejohanan Dunia 2018.
David Popovici (Atlet Renang, Romania)
Apa yang saya perasan, perenang-perenang ini sememangnya mempunyai aura yang berbeza.
David Popovici, perenang Romania yang berusia 20 tahun ini berjaya memenangi hati peminat dengan raut wajahnya dan kejayaan di Olimpik, memenangi emas dalam acara penamat foto 200m gaya bebas.
Oh Sang-uk (Atlet Lawan Pedang, Korea Selatan)
Memiliki raut wajah ‘jambu’ dan kacak, Sang-uk dilihat setanding ‘oppa’ kumpulan K-Pop atau drama bersiri popular Korea. Tidak mengecewakan, atlet berusia 28 tahun ini berjaya meraih pingat emas dalam acara lawan pedang pedang lelaki .
Armand Duplantis (Atlet Lompat Galah, Sweden)
Bakal bertanding pada tiga Ogos, Armand Duplantis ialah antara atlet yang ditunggu-tunggu peminat. Memiliki raut wajah bak model, peminatnya mesti tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan lompat galah itu.
Gabriel Medina (Atlet Luncur Air, Brazil)
Gabriel Medina, wajah tampan ber’tattoo’ ini sememangnya terkenal di kalangan sukan luncur air. Atlet kelahiran Brazil berusia 30 tahun itu mencatat markah gelombang tunggal terbaik dalam sejarah Olimpik semasa pusingan ketiga acara luncur air lelaki di Olimpik Paris 2024.