Namun dia mengakui sukar untuk mengekalkan prestasi cemerlang sejak menjalani pembedahan lutut pada 2018 atas kecederaan yang dialami.
Walau berjaya melayakkan diri dalam Olimpik Tokyo 2020, nyata ia menjadi pertandingan terakhir buat Cheong Jun Hoong apabila dia tersingkir di pusingan awal.
“Saya bertekad untuk menang tetapi terpaksa menerima kegagalan di Olimpik Tokyo dengan hati terbuka,” katanya.