“August kini sedang bersiap sedia untuk menandatangani perjanjian buku dengan bayaran lumayan mengenai perhubungan romantisnya bersama Jada.
“Dia menegaskan Will memberinya kebenaran untuk meniduri Jada, namun pasangan suami isteri itu menafikannya secara terbuka.
“August akan mendedahkan secara terperinci bagaimana mereka meluangkan masa bersama di kediaman milik pasangan popular itu ketika Will keluar menjalani penggambaran,” jelas satu sumber.
Selain itu August juga mahu berkongsi kesan pendedahan hubungan sulit mereka kepada umum dan bagaimana ia mempengaruhi peribadi serta kerjayanya.