Austin Butler bakal menghiburkan peminat dengan filem biopik terbaharu yang menerima pujian hebat, Elvis.
Namun siapa menyangka, peranan yang digalas Austin memberi kesan terhadap fizikalnya sehingga dia terpaksa dirawat di hospital usai menjalani penggambaran.
“Keesokan hari saya bangun pada pukul empat pagi dengan kesakitan yang amat sangat dan dikejarkan ke hospital. Tubuh saya mula berhenti berfungsi sehari selepas tamat penggambaran Elvis,” katanya kepada British GQ.
Dia didiagnos dengan virus yang memimik apendisitis di mana ia mencetus keradangan pada apendiks, menyebabkannya terlantar di katil hospital selama seminggu.