Pelakon berusia 30 tahun itu dilaporkan memberikan mutu persembahan terbaik sepanjang kerjayanya ketika menggalas watak Elvis.
Ketika penggambaran filem itu yang berlangsung di Australia ditangguhkan setelah Tom Hanks dan isterinya, Rita Wilson dijangkiti Covid-9 pada Mac 2020, dia memilih untuk terus tinggal di negara tersebut dan bukannya kembali ke Los Angeles. Tom menggalas watak sebagai Kolonel Tom Parker dalam filem itu.
Sepanjang enam bulan tiada penggambaran, dia membuat kajian mengenai kehidupan Elvis Presley dengan teliti sehingga kediamannya di Australia kelihatan tunggang langgang – seolah dia sedang membuat penyiasatan jenayah.
“Imej Elvis ada di mana-mana dalam kediaman saya, sepanjang masa. Saya rasa filem tersebut akan membuahkan hasil berbeza jika ia menjalani penggambaran pada waktu itu. Mujur saya mempunyai masa untuk mendalami kehidupan Elvis dengan teliti,” ujarnya.