Mod, 35, mengemukakan lamaran dengan set cincin berbentuk hati yang direka khas dari XIV Karat dari Beverly Hills. Ia mempunyai perkataan ‘Mod + Avril‘ terukir di dalamnya. “Dia dari awal lagi tahu yang saya mahukan berlian berbentuk hati kerana pada hari kami bertemu, kami memakai cincin berbentuk hati yang sepadan. Sejak itu kami memakainya setiap hari”, kata Lavigne.
Lavigne tidak menyangka Mod akan melamarnya. “Saya tahu kami mempunyai hubungan yang sangat kuat sejak minggu pertama menulis dan bekerja bersama di studio,” kata Lavigne yang bertemu Mod ketika mengerjakan album terbarunya, Love Sux.