Perasaan si jejaka untuk mengenali siapa si gadis manis jelita mula timbul kala menjadi hos untuk Dewi Remaja. Pesona dan karisma yang dimiliki gadis idamannya membuatkan hatinya terpikat dan dari situ mula berputik rasa cinta. Itulah dia pasangan sejoli Awal Ashaari dan Scha Alyahya menghiasi muka depan majalah Eh! bulan ini.
Perbezaan Personaliti
Lihat saja gaya Awal yang cukup metroseksual, pasti ramai yang menganggap dia seorang yang mementingkan kesempurnaan dan lagak Scha pula tampak lebih relaks dan bersahaja. Ternyata anggapan itu salah kerana munurut Scha, dia mengakui bahawa dirinya mahukan sesuatu dengan lebih cepat dan sempurna berbanding personaliti Awal yang sangat relaks. Scha tidak akan teragak-agak untuk mengambil alternatif lain sekiranya ingin penyelesaian secepat mungkin jika timbul sebarang masalah. Berbeza pula dengan Awal yang mengambil masa untuk berfikir sesuatu dengan semasaknya.
Sewaktu sesi pengambaran dilakukan, penulis Eh! tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan bilakah mereka akan berkahwin. Ingin mengetahui apa jawapan mereka? Jangan lupa dapatkan Eh! Februari 2012 untuk membaca artikel penuh ini selanjutnya!
Ayuh, saksikan video di sebalik tabir sesi pengambaran bulan ini!