Jelas Ayda, dia mengambil sedikit masa untuk mengesahkan berita tersebut biarpun ia telah didedahkan oleh pihak lain sebelum ini.
“Ramai tahu saya bekerja dengan banyak jenama. Jadi saya memang memerlukan sedikit masa untuk membuat pengumuman supaya urusan kerja seperti penggambaran iklan dapat disusun semula.”
Malah jelasnya, dia hampir mengalami keguguran disebabkan jadual kerja yang terlalu padat, juga kerana berita kehamilannya diumumkan lebih awal oleh pihak lain.
“Tidak dinafikan, saya stress, terlalu banyak berfikir dan kecewa kerana berita kehamilan didedahkan bukan daripada saya dan suami.