“Saya bekerja lebih masa selepas berita tersebut keluar sehingga hampir keguguran. Saya dimasukkan ke wad kecemasan kerana terlalu tertekan pada kandungan yang masih belum cukup kuat ketika itu,” katanya lagi.
Dengan kandungan yang kini berusia empat bulan, Ayda berharap proses kehamilannya akan berjalan lancar sehingga tarikh bersalin yang dijangka pada bulan Oktober depan.
Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan secara atas talian pada 28 April 2020.
Foto: Instagram/Ayda Jebat
Baca: Artis K-POP, Eddy Oh Pesan Have A Beautiful Life Selepas Ayda Jebat Bertunang