Babylon bakal menjadi karya epik berlatarkan tahun 1920-an kala Hollywood beralih daripada filem senyap kepada ‘talkies’ (filem sarat bunyi). Ia bakal diarahkan oleh pemenang Anugerah Emmy, Daniel Chazelle yang pernah mengarahkan beberapa filem terkenal seperti Whiplash (2014), La La Land (2016) dan First Man (2018).
Filem ini dijangka akan memberi pengalaman roller-coaster kepada penonton dan mempersembahkan ‘pesta liar’ industri Hollywood serta barisan selebriti terkenal ketika itu.
Selain Brad Pitt dan Margot Robbie, Babylon akan turut dibintangi oleh barisan pelakon kelas-A Hollywood termasuk Tobey Maguire, Jean Smart, Meryl Streep, Emma Stone, Katherine Waterson, Samara Weaving, Phoebe Tonkin dan Spike Jonze.