Tahun 2020 bakal memahat memori bahagia buat Park Shin Hye apabila bakal disatukan dengan tunangnya, Choi Tae Joon.
Memilih tarikh eksklusif 22 Januari, majlis perkahwinan Park Shin Hye dan bintang Exit itu bakal berlangsung secara tertutup di sebuah gereja di Gangdong-gu, Seoul.
Pasangan ini mula menjalin hubungan pada penghujung tahun 2017 sebelum mendedahkan percintaan mereka kepada peminat pada Mac 2018.
November lalu, mereka turut berkongsi berita pertunangan menerusi satu kenyataan rasmi sekali gus mendedahkan bahawa bintang Call itu sedang berbadan dua.