“Adakah seorang lagi pelakon muda bakal menamatkan zaman bujang? Rasanya seperti baru semalam Tae Joon, pelajar yang pintar menyarung pakaian seragam sekolah.
“Tetapi hari ini dia datang berjumpa saya dan menghulurkan kad undangan perkahwinannya dengan malu-malu sambil berkata, ‘Abang, saya akan berkahwin! Kamu akan memberi ucapan tahniah kepada saya, kan?’
“Tae Joon, adik lelaki yang saya anggap seperti anak sendiri mempunyai personaliti yang sangat baik sejak kecil. Choi Tae Joon. Park Shin Hye. Pasangan fantasi. Hidup bahagia,” tulisnya panjang lebar.
Menerusi foto yang dikongsi, Kim Woo Ri dan Choi Tae Joon dilihat merakam foto yang menunjukkan keakraban mereka, juga foto sampul kad undangan yang tertulis, “Dari Choi Tae Joon, Park Shin Hye.”