Penyatuan Aiman Tino & Syarah Haifa
Majlis pernikahan pelantun Permata Cinta itu bakal berlangsung di sebuah dewan acara di Segambut sekitar jam 5.30 petang pada hari Khamis, 27 April ini. Majlis resepsi akan menyusul seminggu kemudian pada 6 Mei di Shah Alam dengan kehadiran 750 tetamu melibatkan rakan-rakan dan keluarga daripada kedua-dua belah pihak.
Perhubungan pasangan ini terjalin sejak empat tahun lalu sebagai rakan kongsi perniagaan biskut. Bagaimanapun hanya pada pertengahan tahun lalu bibit-bibit percintaan mereka bercambah. Melihatkan keserasian yang wujud, Aiman Tino menghantar rombongan merisik pada Januari lalu untuk menyunting Syarah Haifa sebagai isteri.
Berkongsi mengenai bakal suri hatinya yang berusia 24 tahun, dia mendedahkah sikap dan keperibadian Syarah Haifa meyakinkan dirinya untuk membawa hubungan mereke ke fasa seterusnya. “Saya terpikat dengan keayuan dan sikap lemah-lembutnya. Kami serius selepas beberapa bulan menjadi rapat dan semakin yakin untuk melangkah ke alam perkahwinan. Sepanjang mengenali hati budinya, saya rasa selesa dan boleh berkongsi apa saja. Saya harap dapat menjadi pasangan yang terbaik.”