Lelaki yang mengaku bekas kekasih kepada Gabriella Robinson iaitu Robin Coenrad, bakal isteri kepada Datuk Hans Isaac terima surat saman dari ratu cantik itu berikutan memfitnahnya menerusi laman sosial.
Robin sendiri memuat naik sekeping gambar surat saman yang dirinya terima ke dalam akaun Facebook malam tadi. Surat tersebut menyatakan yang mana Ronin didakwa dengan beberapa dakwaan fitnah ke atas Gabriella.
Pada awalnya, Robin telah memuat naik sebuah post di laman Facebook yang mana mendakwa dirinya adalah teman lelaki Gabriella dan mereka masih lagi bersama ketika Hans melamarnya bulan lalu.
Post tersebut merupakan luahan kekecewaan Robin kerana mendapat tahu berita perkahwinan Gabriella dengan Hans semalam. Dia turut menyatakan yang mana mereka sempat meluangkan masa bersama beberapa hari yang lepas.
Menurut luahannya juga, Gabriella telah menipu Robin ketika berkunjung ke Singapura baru-baru ini. Bahkan, Robin turut menyoalkan jika Hans menyedari akan kewujudan teman lelaki Gabriella ketika melamarnya.
Semalam, Hans menerusi laman Instagram nya turut tampil membela bakal isterinya itu. Hans menyatakan yang mana dia berasa kasihan dengan lelaki tersebut yang seakan mahu mencari tumpuan awam dengan cuba untuk menjatuhkan maruah bakal isterinya itu.
https://www.instagram.com/p/BRFSHJFhp0C/?taken-by=hansisaac&hl=en