4. Robert Pattinson Menerusi Filem Twilight
Seorang lagi selebriti yang berbakat besar dalam bidang muzik, bukan sahaja dalam bidang nyanyian malah menulis lagu, bermain piano juga gitar. Dia juga tidak asing lagi dengan album runut bunyi. Pattinson menyanyikan dua runut bunyi untuk Twilight dan tiga lagu untuk filem How to Be yang ditayangkan pada 2008.
Dalam satu wawancara bersama Los Angeles Times, Pattinson ditanya adakah dia merancang untuk menghasilkan lebih banyak lagu selain runut bunyi untuk filem. Tanpa berfikir panjang dia menjawab, “Muzik adalah pelan kedua jika kerjaya saya dalam bidang lakonan gagal. Saya tidak mahu nanti ‘yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.’”