Elton John
Puteri Diana dan Elton bertemu buat kali pertama pada 1981 di sambutan ulang tahun kelahiran Putera Andrew dan menjadi rakan baik sejak itu. Pada hari pengebumian Diana pada tahun 1997, Elton menyanyikan lagi Candle in the Wind dan membuat persembahan yang sama sekali lagi pada 2007 sempena konsert memperingati kematiannya.
Penyanyi itu juga menjalin hubungan yang baik dengan William dan Harry sehingga ke hari ini dan menghadiri kedua-dua majlis perkahwinan putera itu.