David Beckham
David dan Victoria Beckham menjalin hubungan baik dengan kerabat Diraja Britain menerusi kehadiran mereka di pelbagai majlis rasmi selama bertahun-tahun. Keluarga mereka turut menghadiri majlis perkahwinan kedua-dua putera Britain dan pernah beberapa kali bertemu Ratu Elizabeth di Istana Buckingham.
Akui David, dia menganggap William dan Harry sebagai rakan baik dan kekal berhubung dengan Harry setelah putera itu mengundur diri daripada kehidupan Diraja dua tahun lalu.