Priyanka Chopra
Bintang Bollywood itu bertemu Meghan buat kali pertama di majlis makan malam Women in Television anjuran Elle pada Januari 2016. Persahabatan mereka sangat akrab dan Priyanka pernah beberapa kali membidas selebriti yang cuba menjatuhkan Meghan, contohnya pada 2017 apabila Wendy Williams hanya merujuk Meghan sebagai ‘teman wanita Harry’ dan mengabaikan pencapaiannya sebagai selebriti.