Muqh Mazelan berasal dari Temerloh, Pahang. Dan saya mula mengenali guru bahasa Inggeris ini terlebih dahulu di TikTok sebelum melihat dia berjalan di pentas KL Fashion Week buat pertama kali dua tahun lalu. Berbintang Virgo, Muqh senang dengan gaya Y2K, dan jika dibelek satu persatu muat naiknya di Instagram, memang terserlah gaya-gaya Y2K seperti baju senteng dan denim longgar.
Bagi orang yang melihat kamu buat kali pertama di muka depan ini, apa yang boleh diceritakan sedikit tentang diri kamu?
Saya seorang model yang selalu meluangkan masa bersama teman-teman. Saya juga seorang yang suka dengan pop-culture.
Apakah satu perkara yang orang sering salah faham tentang bidang peragaan?
Rasanya orang selalu sangka dunia modelling ini fun and glamorous tapi orang lupa how struggling and humbling it is. Bila kena cancel job, bila you being replaced or chosen, those little breaks you. Itu semua orang tak nampak, and actually sakit juga perasaan itu.
Bilakah saat kamu menyedari bidang ini bukan sekadar impian?
Bila saya menerima bayaran lima angka pertama saya. Selama ini saya sangka orang yang jadi model ini untuk suka-suka saja tanpa sedar sebenarnya we can make money out of it.
Bolehkah kerjaya model dijadikan kerja sepenuh masa jika mahu hidup senang?
Boleh tapi kita kena sedar akan ada saja wajah baru dan semua orang ada potensi dan mereka mahu cuba. Full time is possible tapi tak mudah.
Bagaimana fesyen membantu kamu mengenali dan menemui diri sendiri?
Saya rasa ia membentuk stail dan keyakinan diri. Sebelum ini saya sekadar pakai apa yang saya nak pakai tanpa fikir apa-apa. Hari ini apa yang saya pilih untuk pakai adalah untuk look good, rasa confident dan saya mengaku saya nak people notice it.
Adakah kamu berasa paling berkuasa di hadapan kamera atau pada hari-hari biasa?
Di depan lensa! Kerana setiap kali ada penggambaran, cabarannya berbeza-beza kerana setiap klien akan ada permintaannya. Bila saya dapat berikan apa yang jurugambar atau klien mahukan, I feel powerful.

Bagaimanakah kamu membawa personaliti diri kamu ke dalam pose atau gaya kamu berjalan?
I pretty chaotic dan saya bawa chaos itu di runway. Saya juga ada attitude yang I want to look like this, need to be like this, jadi I project apa yang ada dalam kepala saya.
Apabila tidak bekerja (sebagai model), apa yang membuat kamu lebih ‘real’ atau grounded?
Luangkan masa bersama kawan-kawan. Bila saya tak ada job, saya akan cari kawan saya. I’m a friend person.
Bagaimana kamu kekal yakin apabila kamu sebenarnya berada dalam situasi yang sebaliknya?
Saya akan tengok balik gambar-gambar lama, my previous shoot dan biasanya saya akan berbual dengan kawan-kawan dan mereka akan ingatkan saya semula apa yang pernah saya buat dan lalui sebelum ini.
Bagi kamu, apa itu cantik?
Friendship and kindness. Saya suka bila seseorang buat sesuatu untuk keluarga atau kawan. My love language is act of service, jadi saya memang suka bila orang tunjuk dan bagi saya ia sesuatu yang indah.
Bagaimana mengimbangi tekanan media sosial dengan ‘being real’?
Agak sukar kerana sesetengah orang expect you to be something, dan dalam masa yang sama kita nak jadi diri kita sendiri. Saya selalu memilih apa yang saya mahu kerana saya takkan impress orang di media sosial.
Apakah yang kamu mahu kerjaya peragaan kamu sampaikan?
Tak mengapa untuk rasa tak yakin, adalah sesuatu yang okey untuk kita ada kelemahan atau kekurangan. Kita tak perlu jadi sempurna, kita hanya jadi diri kita sendiri, be authentic and be real.

Bilakah detik “I Made It” pertama kamu?
Apabila saya dipilih oleh Hatta Dolmat untuk KL Fashion Week 2023. Dari situ saya sedar I could do this.
Adakah kamu ditemui, atau adakah kamu mencari peluang dan permulaan sendiri?
I was discovered by Hatta Dolmat, dan saya boleh kata tanpa dia saya mungkin takkan bermula dalam bidang ini.
Kamu dibesarkan dengan media sosial, bagaimana ia membentuk keperibadian?
Sama seperti saya cakap tadi, go back being authentic. Sebelum ini kita seakan ada dinding, dan sekarang ramai orang dah tak takut atau malu. Media sosial membentuk saya untuk lebih yakin dan tunjukkan siapa diri saya yang sebenar.
Adakah berada dalam talian sebahagian daripada tugas sekarang, atau adakah kamu mencipta garis batas?
Sangat penting untuk be online, to be present kerana rata-rata klien mengenali saya dari media sosial. Jika saya keep myself private agak susah to make it out there. TikTok atau Instagram sangat penting, dan apa yang kita letak di media sosial juga penting.
Bagaimana kamu menggunakan platform kamu dan bagaimana kamu melindungi ketenangan diri sendiri?
Dulu saya tak berani nak tunjukkan siapa diri saya yang sebenar, karakter gila-gila yang sebenarnya orang suka melihat those kind of things. Saya gunakan platform yang ada untuk menjadi diri sendiri. We don’t have to act cool all the time jika realitinya kita tak begitu. I protect my peace by journaling. Saya mula menulis sejak tiga bulan lalu dan setakat ini dah masuk dua journal. Ia sesuatu yang membuat saya lebih tenang.
Apakah yang memberi inspirasi kepada gaya kamu, di depan dan di belakang kamera?
Pinterest dan juga satu saluran YouTube ‘What People Are Wearing In New York’. Bila saya buntu apa yang nak dipakai saya akan jadikan dua platform ini sebagai rujukan. Jadi boleh dapat idea apa yang orang pakai di New York ke, Paris ke.
Apakah satu perkara yang kamu masih belajar dalam bidang ini dan juga kehidupan?
Dalam apa saja yang kita buat akan ada ruang-ruang untuk kita perbaiki. Jika kita rasa kita dah buat yang terbaik, ada orang yang buat lebih baik dari kita. Dan hal ini mengingatkan saya untuk sentiasa merendah diri.
Bagaimana kamu boleh kekal ‘grounded’ apabila segala-galanya terasa pantas?
Journaling and sleeping. Kedua-dua ini adalah coping mechanism bagi saya. Kalau saya tak melepak dengan kawan-kawan saya memang akan berada di rumah untuk tidur.
Apakah erti berada di muka depan majalah ini bagi kamu?
It feels amazing and I feel so honoured. Dulu kaka saya selalu membeli EH! and it feels surreal untuk menjadi one of the cover boy untuk majalah yang saya kenal sejak kecil. Ia memberi makna bukan saja kepada diri saya, malah keluarga khususnya kakak saya.
Pengarah Kreatif & Penata Gaya: Khairul Abidin, Arahan Seni &Cover Deisgn: Ayoi Fotografi: Edmund Videografi: Zakwan, Pembantu Penataan Gaya: Erdina, Penerbit Kandungan Digital: Farah Ain, Eqa & Erdina, Solekan: Sahir Sabri, Dandanan: Yusof Ruzaimi menggunakan OSIS
BACA: