Pasangan David Beckham dan Victoria Beckham menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-19 dengan penuh romantis meskipun spekulasi mengenai rumah tangga goyah dan mahu bercerai hangat di media sosial.
Secara tidak langsung, spekulasi tersebut adalah tidak benar sama sekali pabila melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah pasangan popular dunia ini.
David dan Victoria menyambut ulang tahun perkahwinan mereka pada Rabu lalu dengan sebuah makan malam romantis bersama.
Bekas bintang bola sepak itu turut berkongsi gambar mereka di Instagramnya yang tersenyum dan berpegangan tangan bersama di sebuah restoran di Paris.
Isterinya, Victoria turut memuat naik gambar yang sama dengan kapsyen “19 years!!! X I love you so much x.”
Bahkan, pereka fesyen terkenal itu turut sempat memuat naik gambar hadiah yang mereka terima dari anak-anaknya termasuklah belon berwarna silver dan sejam bunga sempena makan malam romantis itu.
David dan Victoria dikurniakan empat orang anak termasuklah Brooklyn (19 tahun), Romeo (15 tahun), Cruz (13 tahun) dan Harper (6 tahun).
Ulang tahun perkahwinan pasangan ini dikejutkan dengan laporan dari beberapa media antarabangsa yang mana mengatakan mereka telah pun berpisah. Namun, David dan Victoria telah pun menafikannya.
Menurut kenyataan wakil dari pasangan itu berkata, “Tiada sebarang kenyataan berkaitan penceraian. Ini hanyalah berita media sosial yang palsu. Ia sangat pelik dan memalukan kerana membuang masa. Tiada sebarang kenyataan seperti berikut, tiada kisah tentang penceraian dan semuanya berita palsu.”
Ibu kepada empat orang anak itu pernah bercakap secara terbuka bagaimana dirinya menyeimbangi kehidupannya serta karier profesionalnya ketika di Forbes Women’s Summit di New York City sebelum ini “Saya cuba sehabis baik. Saya cuba sebaik mungkin untuk menjadi seorang ibu yang terbaik. Saya cuba untuk menjadi isteri terbaik dan seorang pakar industri yang terbaik. Pabila saya pulang ke rumah, saya cuba untuk elak dari bermain telefon dan lebihkan masa bersama anak-anak dan David,”
Victoria juga sempat memuji suaminya dengan mengatakan, “Saya mempunyai sokongan yang tidak berbelah bagi dari suami. Kami sentiasa bekerjasama dalam apa juga kerja di rumah dengan anak-anak. Ketika saya tiada di rumah, dia yang akan menguruskan perihal sekolah anak-anak serta memasak.”
Ini secara tidak langsung membuktikan yang mana pasangan ini bahagia dan tiada sebarang tanda atau unsur untuk bercerai.
Mereka berkahwin dalam sebuah majlis yang cukup indah pada tahun 1999 di istana Irish. Tahun lalu, pasangan ini memperbaharui sumpah cinta mereka menerusi sebuah majlis intimasi bersama saudara mara dan teman rapat.