Bulan lalu nama Adam hangat diperkatakan netizen setelah beberapa wanita tampil mendedahkan kecurangan penyanyi itu di TikTok.
Berikutan tuduhan itu, penyanyi tersebut berkongsi satu kenyataan di Instagram mengakui kesilapannya bertindak di luar batasan namun menafikan berlaku curang dengan mana-mana wanita.
“Saya salah membuat pertimbangan dengan menggunakan ayat bercanda ketika berbual dengan wanita selain isteri saya. Saya tidak menjalin hubungan sulit namun telah melampaui batas dalam satu tempoh yang saya kesali dalam hidup saya,” tulisnya.
Tambahnya, dia dan Behati yang bergelar suami isteri sejak hampir sedekad lalu sedang menangani isu tersebut bersama secara tertutup.
Behati juga memilih untuk tidak bercakap mengenai skandal suaminya. Minggu lalu pasangan itu dilihat riang sewaktu berlepas ke Las Vegas menaiki pesawat peribadi.