Agak lama juga pelakon ini menyepi setelah mendirikan rumah tangga dengan pengacara dan pelakon, Awal Ashaari. Kini Scha kembali dengan drama bersiri, Jodoh, yang sedang hangat ditayangkan di saluran Astro Ria dan sudah mula menjinakkan diri di dalam bidang pengacaraan. Di dalam EH! keluaran April, Scha menceritakan perubahan kehidupannya selepas mendirikan rumah tangga, cara untuk memenangi hati mertua, kerjayanya dan juga perihal suaminya. Benarkah Awal seorang yang kuat cemburu? Jawapannya ada di dalam EH! keluaran April.
BEHIND THE COVER: NUR FAZURA >>
10 ARTIS CANTIK TANPA MEKAP >>
[wowslider id=”18″]TRANSFORMASI SELEBRITI, DAHULU DAN KINI >>
TIRU GAYA VERSATIL BLAKE LIVELY >>
Di samping ditemu bual oleh timbalan pengarang kami, Khairul Abidin, saya turut bertanya kepada Scha sama ada dia boleh atau tidak hidup tanpa telefon bimbit, memandangkan EH! bulan April didedikasikan khas untuk gajet. Jom saksikan jawapan Scha di dalam video sebalik tabir penggambaran muka hadapan EH! keluaran April di bawah ini.