EH! bertanyakan 35 soalan kepada Siti Saleha, dan jawapannya menemukan kami dengan sisi lain bintang utama 7 Hari Mencintaiku ini.
Dalam skala 1 hingga 10, how excited are you about life right now?
I’m very content with my life at the moment.
Apakah satu perkara yang orang belum tahu tentang diri kamu?
Orang tak sedar saya sebenarnya seorang yang sukakan sesuatu yang mencabar, saya seorang yang adventurous, adrenaline junkie. Saya sukakan aktiviti lasak, sukakan kembara yang spontan. Orang selalu sangka saya seorang yang lemah lembut.
Pilih satu, maskara atau gincu?
Susah nak pilih, tapi saya pilih gincu kerana bibir saya selalu kering.
What’s your favorite time of day?
Saya suka waktu senja kerana saya suka melihat matahri terbenam. Jika ada masa atau pergi menyelam, saya akan ambil masa untuk menikmati sunset.
Siapa ikon stail kamu?
Tiada orang tertentu kerana saya lebih suka melihat trend. Walaupun bagi saya Audrey Hepburn cantik dan punya cita rasa fesyen yang elegan, tapi bila dalam hal fesyen saya lebih senang menyaksikan trend. Ketika ini saya suka melihat Zendaya dan Gigi Hadid kerana gaya mereka dikira current buat masa sekarang. Saya tiada ikon fesyen.
Heels or sneaker?
Semestinya heels, saya rendah.
Namakan tiga item yang kamu tidak boleh hidup tanpanya?
Pasport. What else? Hmm!
Apakah kejutan paling diingati sepanjang bergelar selebriti?
Sewaktu sambutan hari lahir saya ke-26. Saya ke Ruang (lokasi acara), dan bila saya buka pintu ratusan peminat berada dan menjerit ‘Happy Birthday’. Biasanya saya boleh bau jika ada orang mahu buat kejutan, tapi tidak pada waktu itu.
Di mana kamu menyimpan trofi-trofi kemenangan?
Di ruang tamu dan ada juga di dalam kotak kerana buat masa ini saya sedang dalam proses berpindah ke rumah baru.
Namakan tiga orang yang sudah tiada di dunia yang ingin kamu temui?
Audrey Hepburn, Michael Jackson dan datuk saya yang baru sahaja meninggal dunia awal bulan ini. Saya rasa terkilan sebab tak dapat bertemu dengannya buat kali terakhir.
Apakah siri atau drama yang menjadi obsesi kamu ketika ini?
Saya terlalu sibuk dengan penggambaran, tiada masa untuk binge apa-apa siri. Tapi saya looking forward untuk menonton Flight Attendant musim kedua. Kaley Cucou sangat bagus.
Bagaimana kamu melepaskan kemarahan?
Biasanya jika saya marah, saya akan lepaskan pada waktu itu juga. Saya jarang simpan. Tapi jika terpaksa pendam saya akan pergi bercuti atau paling mudah bermeditasi, saya senang dengan pilates.
Aplikasi kesukaan kamu?
Hmmm… Instagram boleh? Hahaha!
Apakah hal paling mencabar pernah kamu lakukan?
Bercuti ke United Kingdom tahun lalu, sewaktu kes Omicron sedang memuncak. Saya tidak mahu hidup dalam ketakutan, jadi saya nekad ke sana dan berjalan-jalan seperti biasa.
Apakah superpower yang ingin kamu miliki?
Invisible!
Aktiviti sukan kesukaan?
Saya nak cuba mendaki gunung. Saya suka hiking, I want to try climbing next!
Summer or winter?
Saya sukakan musim panas, but I don’t mind winter.
Skil baru yang sedang Sally pelajari?
Melukis. Saya sedang melatih diri melukis dan saya mahu melukis potret.
Bau yang Sally sukai selain bau haruman?
Anak sudara saya, baby smell!
Siapa girl crush kamu?
Tak tahu. Saya tak ada girl crush. Myself?… haha. I love myself!
Siapa celebrity crush pertama kamu?
Devon Sawa. Dia sangat comel dalam Casper!
Apakah lagu yang boleh Sally dengar berulang-ulang?
Lagu-lagu Adele.
Jika boleh menukar kehidupan dengan orang lain untuk satu hari, siapa?
Bradley Cooper. He got hot body!
Apakah warna yang Sally suka, dan kurang suka?
I love purple. Warna yang kurang suka oren.
Bunga kesukaan Sally?
Orkid.
Jika kamu seorang guru di sekolah, apakah subjek yang akan kamu ajar?
Sejarah.
Subjek pelajaran yang paling kamu lemah di sekolah?
Matematik.
Apakah barang yang masih disimpan sejak kecil?
Foto-foto zaman kanak-kanak.
What’s your guilty pleasure?
Manisan. Kek dan cupcakes!
If you could raid one woman’s closet who would it be?
Zendaya.
Apakah pelajaran dalam hidup yang perlu orang pelajari?
Belajar dari kesilapan dan belajrlah untuk tidak mengulanginya. Bunyinya senang tapi tak mudah hendak lakukannya. Life is hard!
Bagaimana kamu merehatkan diri?
Tidur. Saya punya masalah tidur tapi itu sajalah cara terbaik untuk saya merehatkan diri.
Apakah kekuatan kamu?
Saya seorang yang berdikari. Sejak kecil saya memang tahu mengurus diri. Saya tak mahu hidup bergantung dengan orang lain.
Apakah pula kelemahan kamu?
Pengurus saya kata saya terlalu baik. Saya punya empati yang tinggi, dan saya perlu belajar untuk mengawalnya.
Apakah nasihat penting yang akan Sally sampaikan kepada anak Sally suatu hari nanti?
Live your life but remember to always do good and be good to others.
Baca: Siti Saleha Mendefinisi Erti Sebuah Kemaafan