Mengenai perbandingan penampilan dirinya dengan Gigi, Bella teringat satu komen yang memberi impak kesihatan mental pada dirinya. “Saya adalah kakak yang terlalu hodoh. Saya si rambut coklat. Saya tidak se-cool dan sopan seperti Gigi,” katanya mengimbau.
“Apabila diri selalu diberitahu perkara malang itu berkali-kali, anda akhirnya akan mempercayainya”, luah Hadid. Dirinya juga mengalami masalah- perasaan tidak selamat, kebimbangan melampau, kemurungan, isu imej badan, isu pemakanan, tidak suka disentuh, mempunyai kebimbangan sosial yang teruk.

“Pada masa ini, Bella menguruskan kesihatan mentalnya melalui terapi bercakap dan ubat-ubatan”, kongsi Gigi pada Vogue tentang bagaimana rasanya berada di sana untuk Bella melalui perjalanan kesihatan mentalnya.