Baru-baru ini, ramai yang perasan di mana Bella Hadid seakan mula cemburu dan kecewa dengan bekas kekasihnya iaitu Abel (The Weeknd) kerana sudah menjalinkan hubungan cinta bersama Selena Gomez.
Meskipun Bella dilihat seakan cuba memenuhi masanya dengan pelbagai aktiviti dan kerjaya, tetapi ia tidak bermakna yang dia tidak mengikuti perkembangan terbaru mengenai berita hubungan bekas kekasihnya bersama Selena.
Walaupun Bella sebelum ini pernah menyatakan yang dia dan Abel masih kekal bersahabat baik sejak putus hubungan, namun menurut laporan People, minggu lalu model ini tampak agak tertekan pabila melihat Abel bercumbuan bersama Selena.
“Perpisahan Bella dan Abel tidaklah dramatik, tetapi sudah tentu dia sakit dan kecewa dengan Abel kerana dia sanggup menjadikan Selena sebagai teman pengganti dengan secepatnya,” jelas sumber terdekat dengan supermodel ini kepada People.
Walau bagaimanapun, laporan sebelum ini yang bertentangan menyatakan Bella berasa dikhianati oleh Selena. Banyak sumber juga menjelaskan yang kedua-dua selebriti ini hanyalah berkawan biasa. Jadi, keputusan Bella untuk tidak lagi menjadi pengikut Selena di Instagram bukannya satu perkara yang dramatik.