Justin Bieber menjelaskan secara terbuka mengapa isterinya, Hailey Bieber ingin menunggu sedikit waktu lagi sebelum memiliki anak.
Pasangan ini menjadi obsesi anak muda di serata dunia, jadi tidak hairanlah apabila peminat tertunggu-tunggu bilakah mereka akan mula membesarkan keluarga. Dan jawapan yang diberikan Justin ini mungkin akan mengecewakan mereka – bukan dalam masa terdekat.
“Saya akan memiliki seramai mana pun anak yang Hailey inginkan,” kata Justin ketika menjadi tetamu undangan di The Ellen DeGeneres Show.
“Saya mahukan ramai anak. Tetapi itu tubuh Hailey dan dia boleh pilih apa saja yang dia inginkan… Saya rasa dia mahukan beberapa anak sahaja, mungkin dua atau tiga.”
Bercakap mengenai mengapa mereka belum mempunyai cahaya mata, penyanyi itu menambah, “Saya rasa Hailey masih mempunyai beberapa perkara yang ingin dicapai sebagai seorang wanita dan saya rasa dia masih belum bersedia untuk menjadi ibu. Saya tak ada masalah mengenainya.”
Baca: Selena Gomez Dedah Hidupnya ‘Out Of Control’ Ketika Bersama Justin Bieber