Proses pemulihannya mengambil masa lebih lama daripada yang diharapkan dan pasukan perubatannya dilaporkan terus menilai tahap kesihatan serta memberi rawatan terbaik kepadanya.
Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram beberapa hari lalu, Celine membuat permohonan maaf kerana terpaksa mengambil keputusan sedemikian dan mengecewakan para peminat yang telah lama menanti untuk menonton persembahannya secara langsung.
“Saya berasa kesal kerana terpaksa menukar tarikh konsert di Eropah sekali lagi. Pada awalnya kami terpaksa tunda disebabkan wabak. Sekarang ini isu kesihatan saya pula menyebabkan beberapa persembahan ditangguh. Malangnya, kami terpaksa membatalkan beberapa persembahan juga,” katanya.