Walaupun memaklumkan tubuhnya berasa lebih sihat berbanding sebelum ini, penyanyi kelahiran Kanada itu mengakui proses pemulihannya agak lambat.
“Ia sangat mengecewakan. Saya mendapatkan rawatan doktor, mengambil ubat-ubatan, namun masih mengalami kekejangan dan ia mengambil masa yang lama untuk sembuh daripada yang diharapkan. Saya perlu pulih sepenuhnya untuk menghiburkan penonton di atas pentas. Sejujurnya saya sudah tidak sabar tetapi nampaknya ia akan mengambil masa.”
Ini bukanlah kali pertama penyanyi berusia 54 tahun itu menangguhkan konsert jelajah dunia disebabkan isu kesihatan. Januari lalu Celine membatalkan baki persembahan Courage World Tour 2022 di Amerika Utara yang sepatutnya berlangsung dari 9 hingga 22 April 2022.
Pada Oktober tahun lalu pula, dia menangguhkan rancangan untuk memulakan pertunjukan baharu di Las Vegas atas alasan serangan kekejangan otot yang berterusan di mana puncanya masih belum diketahui sehingga kini.
Foto: Getty Images