Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Instagram Atita Haris
Hakikatnya Nas-T yang dilihat kerap meluangkan masa bersama Atita Haris sudah pun bernikah. Nas-T membuat pengakuan itu kepada mStar Online baru-baru ini.
DJ yang cukup terkenal bermula filem Kami dahulu menyatakan yang mereka sudah diijab kabulkan pada Jumaat lalu secara tertutup. Katanya lagi, mereka bakal mengadakan sidang media yang dijangka pada Rabu ini.
“Benar saya dan Atita sudah bernikah Jumaat lalu (29 Januari). Tetapi saya tidak boleh jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perkara ini. Tunggu sidang media nanti. Kalau boleh saya mahu semua orang mendapat berita ini serentak untuk berlaku adil,” ujarnya kepada portal berita mStar Online.
Melalui laman Facebook milik Nas-T juga dilihat yang dirinya telah mengubah status mod dirinya kepada sudah berkahwin. Ini sekaligus menguatkan teka-teki perhubungan mereka yang sebelum ini yang menjadi tanda tanya.
Nas-T dan Atita Haris mula berkenal apabila mereka bersama-sama dipilih menjadi duta sebuah produk. Dalam masa yang sama, pemilik produk tersebut memilih mereka kerana masing-masing masih lagi solo.
Sebelum ini, Nas-T pernah menjalinkan hubungan bersama Nabila Huda manakala Atita pula merupakan ibu tunggal kepada seorang anak. EH! mengucapkan tahniah kepada Nas-T dan Atita Haris serta selamat melayari bahtera perkahwinan ini dengan penuh rahmat dan kebahagiaan selamanya.
[soliloquy slug=”nas-t-kahwin-atita”]