Bintang Korea Selatan popular, Rain berdepan kontroversi hebat apabila didakwa berlaku curang terhadap isterinya, Kim Tae Hee.
Nama Rain dipetik selepas tersebarnya laporan yang mengatakan seorang selebriti berbakat besar dalam bidang nyanyian, tarian dan lakonan menjalin hubungan sulit dengan seorang pemain golf profesional yang merupakan kenalan isterinya.
Menurut laporan sama, isteri selebriti tersebut telah berkali-kali memberi amaran kepada suaminya agar meninggalkan wanita muda itu. Mereka dilaporkan bertemu sewaktu menghadiri satu kejohanan golf dan telah lama hidup di bawah satu bumbung.