Khabar angin itu nyata mengejutkan peminat di Korea Selatan dan seluruh dunia kerana umum mengetahui betapa Rain memujai isterinya selama ini.
Mereka dikenali sebagai antara pasangan selebriti paling romantis di negara itu malah amat disayangi dan disenangi peminat.
Rain sebelum ini pernah mendedahkan bagaimana dia cuba memikat hati Kim Tae Hee selama bertahun-tahun sejak jatuh cinta pandang pertama ketika menjalani penggambaran iklan bersama pada 2012.
Jelasnya, lamarannya pernah ditolak sebanyak lima kali sebelum bintang Hi, Bye! Mama itu bersetuju untuk mengahwininya. Mereka kini memiliki dua cahaya perempuan berusia lima dan tiga tahun.