Filem yang ditunggu-ditunggu, Oppenheimer akhirnya menemui penonton di pawagam pada 21 Julai lalu.
Ia dibintangi oleh Cillian Murphy sebagai J Robert Oppenheimer, ahli fizik teori yang mendapat gelaran ‘Bapa Bom Atom’. Filem Christopher Nolan ini mencatat kutipan kedua tertinggi selepas filem adaptasi arahan Greta Gerwig, Barbie yang ditayangkan serentak di pawagam. Selain bintang Peaky Blinders itu, ia turut dibarisi pelakon kelas-A lain termasuk Robert Downey Jr, Emily Blunt, Matt Damon dan Florence Pugh.
Tidak dinafikan Cillian Murphy merupakan salah seorang pelakon paling berbakat dan disegani. Justeru tidak menghairankan jika dia mengenakan bayaran tinggi untuk filem biografi ini. Menurut laporan, dia dibayar melebihi RM45 juta, jauh lebih banyak daripada barisan pelakon lain termasuk ‘Iron Man’, Robert Downey Jr.