Walaupun Meghan Markle telah lama dikenali dalam industri hiburan menerusi drama komedi Suits, kerjayanya benar-benar memuncak setelah bergelar isteri kepada Putera Harry.
Perkenalan mereka bermula pada Julai 2016 dan dua tahun kemudian, Meghan dan Harry mendirikan rumah tangga dalam satu upacara gilang-gemilang yang berlangsung di Gereja St. George.
Setelah berbulan-bulan menderita atas tekanan dan cerita palsu yang disebarkan media Britain mengenai dirinya, Meghan dan Harry membuat keputusan untuk berundur daripada kerabat Diraja dan hidup sebagai rakyat biasa.
Pasangan ini tidak lagi membantu Ratu Elizabeth II dengan tugasan Diraja sejak berpindah ke Montecito, California, bermakna tiada lagi elaun yang diberi untuk menyara hidup mereka. Yang menjadi tanda tanya, berapa pendapatan Meghan sejak Duchess of Sussex meninggalkan Istana Buckingham?