Pertama kali menjejakkan kaki di Los Angeles, Meghan dan Harry ditawarkan untuk tinggal di rumah agam berjuta dolar milik mogul Hollywood, Tyler Perry sebelum membeli kediaman sendiri berharga RM61 juta di Montecito, California pada Ogos 2020.
Bulan yang sama, pasangan itu dilaporkan sedang mengikat perjanjian perniagaan yang sangat menguntungkan dengan Spotify, di mana mereka bakal muncul dengan podcast sendiri. Menurut The Sun, kontrak bersama Spotify bernilai hampir RM170 juta untuk perjanjian selama bertahun-tahun.
“Meghan merupakan tulang belakang di sebalik semua ini. Perjanjian asal dilaporkan hanya bernilai RM124 juta dan keberkesanan program ini akan dilihat dan dibincang semula dalam masa enam bulan. Namun semuanya berubah kini,” jelas sumber terdekat.