Turut dimaklumkan apabila semuanya kembali seperti sedia kala setelah pandemik Covid-19 berakhir, kemungkinan besar pasangan ini akan turut serta dalam siaran langsung podcast mereka dengan bayaran yang lebih besar.
Pada September 2020, pasangan ini mendapat satu lagi durian runtuh. New York Times melaporkan Harry dan Meghan telah menandatangani kontrak kerjasama dengan Netflix untuk mencipta kandungan asli bagi syarikat tersebut pada harga anggaran RM415 juta.
Menurut satu sumber lain, nilai perjanjian itu sebenarnya jauh lebih tinggi iaitu kira-kira RM622 juta, bergantung kepada kejayaan projek yang dihasilkan pasangan itu untuk Netflix.
Foto: Tolga Akmen – WPA Pool/Getty Images
Baca: Meghan Markle Kecewa Kerana Dituduh Membuli Pembantu Istana