Penyanyi, komposer dan penerbit itu sebelum ini pernah berbicara mengenai nama pentasnya dalam satu wawancara bersama GQ.
Jelasnya, dia membuat satu garisan untuk memisahkan persona awam dengan personalitinya yang sebenar.
“Garisan itu agak kabur pada awalnya. Apabila kerjaya saya berkembang – kala diri saya berkembang sebagai seorang lelaki – amat jelas bahawa Abel adalah ‘insan’ yang saya bawa pulang ke rumah setiap malam. The Weeknd pula personaliti yang saya bawa bila pergi bekerja,” katanya.