Khabar angin ini mula tersebar beberapa hari lalu apabila Kamal memuat naik foto dirinya sedang melakukan sesi mengukur pakaian bersama pereka tersohor, Rizman Ruzaini di Instagram.
Kapsyen yang ditulisnya turut menimbulkan keterujaan di kalangan peminat. “Ukur apa tu?” tulisnya ringkas.
Dia turut memuat naik fotonya bersama pereka sut terkenal, Kenny Lords dari Lords Tailor, seolah memberi petunjuk bahawa hari bahagianya bersama Uqasha bakal tiba sedikit masa lagi.