Kamal dan Uqasha sebelum ini memaklumkan mereka bakal melangsungkan perkahwinan di pusat peranginan tanah tinggi terkenal tanah air.
Walau tidak mendedahkan tarikh ketika itu, pasangan ini berkata persiapan perkahwinan telah pun siap 80 peratus.
Ramai menjangka mereka akan bernikah pada awal November depan setelah terpaksa menangguhkan hari bahagia Jun lalu akibat pandemik Covid-19, namun belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak.
Pelakon Setelah Terlafaznya Akad ini mengikat tali pertunangan April lalu, empat bulan selepas Kamal membuat kejutan melamar Uqasha secara langsung di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020).