Tindakan itu meraih pujian peminat beragama Hindu yang melihat dirinya sebagai contoh terbaik sekularisme, namun ia mengundang kekecewaan di kalangan umat Islam yang menyelarnya sebagai perbuatan menyekutukan Allah.
“Sampai bila anda mahu membuatkan Allah murka demi membahagiakan orang lain? Memberi penghormatan kepada agama lain tidak dihalang, tetapi apa yang anda lakukan sekarang ini jelas adalah syirik.”
“Adakah anda telah lupa bahawa Allah Maha Esa? Anda tidak akan diampunkan oleh Allah. Sebagai Muslim sejati, saya boikot Shah Rukh Khan sepenuhnya.”
“Semoga Allah memberi hidayah kepada anda,” tulis beberapa netizen.