Ini bukanlah kali pertama Shah Rukh Khan mengundang kemarahan umat Islam terutama di India.
Walau mula menerima kecaman hebat daripada netizen sejak lima tahun lalu, hakikatnya pelakon legenda itu telah menyambut perayaan Ganesh Chaturthi bersama keluarganya sejak sekian lama.
Sebelum ini dia pernah berkongsi foto anak bongsunya, AbRam Khan menyembah berhala di kediamannya. Dia turut mencetuskan kontroversi tahun lalu apabila memuat naik foto Tuhan Ganesha sempena mengakhiri perayaan Ganesh Chaturthi.
“Semoga rahmat Tuhan Ganesha kekal bersama kita semua sehingga kita bertemunya lagi tahun hadapan. Ganpati Bappa Morya!,” tulisnya.