Umum mengetahui isteri Shah Rukh Khan, Gauri Chibber merupakan penganut Hindu dan tidak pernah memeluk agama Islam sama ada sebelum atau selepas berkahwin.
Menerusi satu temu bual dalam rancangan Dance Plus 5 sebelum ini, Raja Bollywood itu menegaskan bahawa anak-anaknya adalah ‘warga India’, bukan Hindu atau Muslim. Malah dia mengakui tiada paksaan agama di rumahnya dan mereka meraikan semua perayaan.
“Kami tidak pernah berbincang isu Hindu-Muslim di rumah. Isteri saya penganut Hindu, saya beragama Islam dan anak-anak kami adalah warga India. Apabila perlu mengisi ruang agama dalam borang persekolahan, saya hanya menulis ‘India’ kerana kami tidak mempunyai agama,” katanya.
Baca: Penahanan Anak Shah Rukh Khan, Aryan Di Pesta Dadah Membongkar Kebenaran Empat Tahun