“Cinta hati saya, bakal bergelar isteri tidak lama lagi,” tulisnya sebagai kapsyen pada satu hantaran yang dimuat naik tiga hari lalu.
Farina turut membalas dengan menulis komen, “Cie sebentar lagi menjadi suamiku.”
Namun pelakon berusia 34 ini tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk tarikh perkahwinannya.
Perkongsian ini mendapat respons positif daripada peminat termasuk rakan artis di Indonesia.