Keperibadian ‘N’ Yang Membuat Johan Tertawan
Bercakap mengenai keistimewaan bakal suri hatinya, Johan As’ari berkata dia tertarik dengan sifat ‘N’ yang suka memberi sokongan dan semangat kepada dirinya.
“Lima tahun kami menjalin hubungan jarak jauh. Alhamdulillah, ia boleh dilakukan. Dia suka memberi sokongan, semangat dan kekuatan untuk saya melakukan apa jua perkara. Ada masa saya tak bersemangat untuk buat siaran langsung di TikTok, dia yang beri galakan dan kata semangat.
“Begitu juga dengan pertandingan nyanyian yang saya sertai, dia banyak menyokong saya. Ini membuatkan saya bertambah yakin dan lebih bersemangat untuk mencuba.”
Johan As’ari turut meluahkan kesyukuran kerana dikurniakan seorang wanita hebat dan amat berdikari. “Saya bersyukur sekiranya Allah memakbulkan jodoh kami. Semoga apa yang dirancang sekarang menjadi kenyataan apabila tiba masanya.”
Baca: Bakal Bernikah, Aiman Tino Dedah Keistimewaan Syarah Haifa Di Matanya