Beyonce akhirnya berkongsi gambar anak kembarnya buat kali pertama. Baru 30 minit sahaja gambar itu dimuat naik, ia telah mendapat lebih 1juta Likes di Instagram.
“Sir Carter dan Rumi Carter sudah sebulan hari ini,” tulis penyanyi popular itu menerusi kapsyen gambar yang dimuat naiknya pagi tadi.
Portret Beyonce bersama dua orang anak kembarnya itu dilihat menggunakan tema yang sama seakan gambar kehamilan Beyonce sebelum ini pada bulan Februari lalu.
Pada masa yang sama Beyonce turut mengesahkan nama anak kembarnya itu selepas memfailkan nama anak mereka itu sebagai hakcipta dengan Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat pada hujung Jun lalu.
Syarikat Beyonce dan Jay-Z telah pun mendokumenkan nama anak mereka untuk segalanya termasuklah minyak wangi dan produk kosmetik, barangan bayi, beg tote dan botol minuman.