Seakannya pasangan selebriti ini benar-benar rapat dan tidak kisah berbelanja besar hanya untuk menghadiahkan bayi ketiga Kim dan Kanye dengan seutas gelang tangan.
Kim Kardashian dan Kanye West baru sahaja menyambut kelahiran anak ketiga mereka menerusi ibu tumpang pada awal minggu ini. Dalam banyak-banyak ucapan tahniah buat mereka, hadiah dari pasangan pemuzik Beyonce dan Jay Z yang paling win kerana mereka memberikan seutas gelang tangan berlian.
Ia bukanlah seutas gelang tangan biasa kerana ia bernilai USD26 ribu. Gelang tangan tersebut dikatakan diukir dengan nombor tiga menjadi tanda sebagai anak nombor tiga buat pasangan itu.
“Beyonce dan Jay Z tidak senang duduk, bahkan mereka tidak sabar untuk menemui bayi ketiga Kim dan Kanye. Mereka juga sudah menghantar hadiah kepada pasangan itu. Ia menunjukkan yang mana mereka sudah melupakan kisah lalu dan kini mereka kembali erat. Kanye sentiasa menganggap Jay Z sebagai abangnya dan Beyone sentiasa menjadi kawan rapatnya. It’s only a matter of time before the play dates begin,” ujar sumber kepada media antarabangsa.
Hadiah tersebut dikatakan sebagai tanda berdamai menyusul perselisihan di antara Jay-Z dan Kanye pada tahun lalu yang bermula selepas Yeezy memanggil Beyoncé di atas pentas secara mengejut di salah satu acaranya di Sacremento, California sebelum menyerang pentas tersebut.
Bercakap di atas pentas, Kanye menyebut, : “Beyoncé, I was hurt! ‘Cause I heard that you said you wouldn’t perform unless you won Video of the Year over me, and over ‘Hotline Bling.’ In my opinion — now, don’t go tryin’ to diss Beyoncé, she is great. Taylor Swift is great. We are all great people, we are all equal. But sometimes, we be playing the politics too much and forgetting who we are — just to win.“
Situasi tersebut membuatkan Jay Z tersalah faham sehinggakan dia menyebut nama Kanye di dalam sebuah trak lagunya menerusi album terkini, 4:44 dipanggil Kill Jay-Z sebelum menjelaskan dalam sebuah interviu yang mana bapa kepada tiga orang anak itu telah bertindak melebihi had dengan bercakap buruk tentang keluarganya.