Umum tahu yang Beyonce dan Jay Z telah menyambut kelahiran bayi kembar mereka iaitu Rumi dan Sir pada pertengahan bulan Jun lalu dan kini keluarga terkenal ini sudah pun menambah bilangan pengasuh untuk menjaga anaknya seramai enam orang.
Menurut laporan majalah OK! dari Amerika Syarikat, pasangan penyanyi itu telah pun mengupah seramai enam orang pengasuh dengan membayar pendapatan USD$100,000 seorang untuk setahun pabila mereka berpindah ke Los Angeles kelak.
“Kembar mereka tidak tidur pada masa yang sama, jadi Beyonce mengambil keputusan untuk memperuntukkan tiga orang pengasuh untuk seorang bayinya dan bekerja selama lapan jam mengikut syif,” ujar sumber.
Menurut laman care.com, ia bukanlah satu perkara yang luar biasa untuk ibu bapa yang dikurniakan bayi kembar mengupah ramai pengasuh pada satu masa. Bahkan, anak sulung pasangan itu iaitu Blue Ivy yang kini sudah berusia lima tahun juga mempunyai dua orang pengasuh untuk menjaganya.
Ia menjadikan lapan orang pengasuh setakat ini yang bekerja mengikut syif siang dan malam di kediaman penyanyi itu tetapi ia tidak bermakna yang pemenang Grammy itu tidak dapat menyediakan tempat tinggal buat pembantunya.
Keluarga Carters ini kini menetap di kediaman yang disewa di Malibu dan dikatakan ia hanya sehingga mereka menutup perjanjian untuk sebuah rumah agam di Los Angeles, yang mana mempunyai lebih banyak kamar tidur yang mencukupi untuk kesemua pembantunya.
Hujung bulan Jun lalu, TMZ melaporkan yang mana Beyonce dan Jay Z telah membuat tawaran untuk kediaman di Bel-Air, California yang dibina dengan keluasan 30,000 kaki persegi di atas tanah seluas 1.86 ekar.
Kediaman mewah dan moden itu mempunyai lapan kamar tidur, 11 bilik mandi, empat buah kolam renang, satu gelanggang bola keranjang, studio rakaman, spa, dan gelanggang tenis.
Dikatakan yang mana Kim Kardashian dan Kanye West sedang menetap di kawasan yang sama iaitu Bel-Air bersama anak mereka iaitu North dan Saint.