Penantian enam tahun peminat berakhir apabila Beyonce melancarkan album terbaharunya, Renaissance pada 29 Julai lalu.
Malangnya kegembiraan peminat tidak berpanjangan. Beyonce dan album studio ketujuhnya menerima kecaman hebat di media sosial kerana membariskan lirik yang dianggap menghina golongan kurang upaya.
Menerusi lagu Heated yang ditulis bersama Drake, bintang pop itu menyanyikan lirik dengan perkataan yang dilihat boleh menyinggung perasaan: “S**zzin’ on that ass, s**z on that ass. Fan me quick, girl, I need my glass.”